Friday, 26 August 2011

hey there delilah


hm ayg baru je dgr lagu hey there delilah ni tadi bang. pheww. teringat pulak dulu. abg ingat tak masa 1st ayg amek kete kt abg tu? yg abg anta ayg sampai shell tol jalan duta. abg naik moto je anta ayg sbb ayg taktau jalan keluar. kesian abg. sejuk tau masatu subuh subuh. ayg ingat lagi masatu abg macam polis trafik. takut sgt ayg bawak kete abg tu kan. ayg duk nangis gelak gelak je tgk abg masatu. comel.

masa dah sampai kt shell tu, ayg berat sgt nak tinggalkan abg and gerak balek perak. macam nak bawak abg skali je. tapi abg kena keje. hm. dalam berat hati tu, ayg kenala jugak gerak balek perak kan memandangkan ptg tu ada submission. masatu berjurai jurai airmata ayg sbb takmau tinggalkan abg. abg sabar je layan ayg walaupun abg sejuk, penat, mengantuk masatu. dahlah lepastu abg nak kena patah balek pegi ampang semula. kesian abg. ayg ingat masatu, baru je beberapa saat ayg gerak, tiba tiba hujan. meraung ayg masatu sbb pk abg meredah hujan naik moto sejuk sejuk subuh subuh. dahlah tak pakai sweater ke apa. pulak tu masatu ada lagu hey there delilah ni kt radio. lirik dia pun kena je bang. menjadi jadi sedih ayg masatu.


lepastu sampai je kt hentian sg buloh, ayg terus call abg tanya abg macamana. abg cakap tak hujan pun masa abg balek tu. maybe arah ayg je yg hujan. huhu. lega sikit hati masatu sbb takde pape jadi kt abg.

hm, kt hentian sg buloh ni jugakla abg amek ayg masa balek cuti sem kan. lama tak jumpa abg, pahtu jumpa abg kt sini. we had lunch together after quite some time. abg tau, masa abg berjalan ke arah ayg dari parking moto tu, macam nak gugur jantung ayg. taktau nak describe macamana perasaan ayg tu. gembira, terharu, rindu sgt sgt. macam nak nangis je masatu tau sbenanye. and rambut abg masatu pun tak panjang sgt and tak pendek sgt. just nice, just the way i like it. hurm. ayg rindu abg...

Tuesday, 21 June 2011

of cucur badak and baju kurung

4 bulan merupakan tempoh yg sgt panjaaaaaaaaaangggg utk bercuti. nak duduk bwat bende sia sia je pun penat jugak weh. haha. so aku pun decide utk blaja menjahit sambil meneruskan kerjaya sebagai housekeeper ni. ramai tanya aku, tak bosan ke? aku macam haa oh erm takdelah. tu jela aku mampu cakap. haha. tapi baru baru ni aku ada blaja macamana nak bwat kueh kueh tradisional ni especially my favourite, karipap and cucur badak. rasa puas hati sgt :) and masa tgh duk tunggu cucur  badak tu digoreng, aku termenung and terpikir, kan best kalau aku boleh bwat sendiri kueh kueh ni semua utk bagi anak anak and suami makan.masak bagi anak anak bawak g sekolah, hidang utk kawan kawan dy yg dtg main kt rumah. aku tak dapat rasa pun macamtu. well tak selalu la macam mak kawan kawan aku dulu. yela, mak aku bekerjaya, mak dorg surirumah. aku pun takdelah nak byk songeh sgt kan. tapi kalau lah aku dapat bwat macamtu utk keluarga aku nanti. eceh dah mula nak berangan latu. haha

aku taktau kenapa tapi aku macam penah bercita cita nak jadi surirumah sepenuh masa, masa aku tgh pursue diploma dulu. gila ke tu? tak relevan lagi dah ke utk masa sekarang? aku ingat lagi masa duduk hostel dulu, jadi roomate aku mmg heaven. macam duduk dgn maid je. baju semua aku basuh, ampai and lipatkan, bilik and barang barang semua aku kemaskan, pinggan mangkuk pun aku basuhkan. i enjoy doing those things. serious. well aku prefer lagi bwat semua tu daripada setelkan assignment yg besepah. erm aku taktau lah either aku terlalu tak bercita cita tinggi ke apa. since aku dikerah menjadi bibik sepanjang cuti selepas spm dulu, aku macam dah pasang cita cita nak jadi suri rumah yg berjaya. haha. even after aku dah grad ni pun macamtu. pelik ke? salah ke? tah lah. korg rasa?